Saturday, January 26, 2008

Hye All




kepada semua yg membuka blog ni terutama mama dan uncle Matlan sekeluarga kat UK.


Tuesday, January 22, 2008

Bagaimana menentukan corak pemakanan anak anda?

Siapakah yang sebenarnya menentukan corak pemakanan anak-anak - media, pengusaha makanan atau ibu bapa sendiri? Itulah persoalan besar yang perlu direnung semula oleh ibu bapa hari ini.

Jika mengimbas zaman kanak-kanak kita dahulu, apa yang dihidangkan oleh ibu bapa, itulah yang kita makan.

Kini, senario itu sudah jauh berbeza kerana anak-anak hari ini lebih cenderung memilih makanan segera, berbanding makanan berkhasiat yang sepatutnya diambil sesuai perkembangan usia mereka.

Membincangkan senario ini, Pengurus Kanan Dietetik dan Perkhidmatan Makanan Institut Jantung Negara (IJN), Mary Easaw-John, mengakui ini antara cabaran besar kepada ibu bapa moden hari ini.

Menurutnya, mereka semakin sibuk sehingga gagal memberi tumpuan kepada tanggungjawab menyediakan makanan berkhasiat dan seimbang kepada anak-anak.

Sedangkan itu merupakan tanggungjawab mereka bagi memastikan generasi pelapis membesar sihat dan pintar.

Katanya, ibu bapa perlu lebih tegas dalam mengawal tabiat pemakanan anak masing-masing yang gemarkan makanan ringan sekiranya tidak mahu anak mereka menderita akibat masalah obesiti peringkat kanak-kanak.

Sebagai ibu bapa, mereka perlu menetapkan garis panduan kepada anak-anak, makanan yang boleh diambil dengan kerap dan makanan yang perlu diambil sekali-sekala sahaja.

‘‘Jika sayangkan anak, kita harus meletakkan aspek disiplin sebagai perkara penting. Sebaiknya sentiasa jadikan diri sebagai contoh,’’ ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Mary berkata, kunci pemakanan baik sebenarnya bermula daripada perancangan teratur ketika membeli makanan untuk keluarga.

Oleh kerana itu, ibu bapa digalakkan agar membawa bersama anak mereka ke pasar atau pasar raya bagi mendidik mereka bagaimana memilih makanan yang berkhasiat.

Dalam usaha mendisiplinkan anak-anak juga, Mary berkata, ibu bapa juga perlu mempelbagaikan jenis masakan supaya anak-anak boleh membuat pilihan sekali gus membuka selera untuk mencuba.

Tambahnya, sentiasa jadikan hidangan yang disediakan itu menarik dengan mempelbagai jenis pilihan hidangan dan cara masakan.

Beliau berkata, antara cabaran besar lain yang terpaksa dihadapi ibu bapa ialah memastikan pilihan makanan anak-anak di kantin sekolah juga benar-benar berkhasiat.

Sayangnya, tidak semua kantin sekolah mematuhi sepenuhnya piawaian ditetapkan dalam menyediakan menu berkhasiat dan seimbang sesuai dengan perkembangan usia anak-anak.

Apa yang berlaku hampir 70 peratus makanan yang disediakan mengandungi minyak, garam dan gula yang tinggi.

Beliau tidak menafikan penyediaan makanan yang tidak bersih selain pilihan makanan yang tidak sesuai, menjadi penyebab utama kepada kejadian keracunan makanan di kalangan kanak-kanak sekolah.

Ini kerana katanya, berbanding orang dewasa, perut kanak-kanak lebih kecil dan sensitif.

Oleh itu, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sepanjang lima hari persekolahan.

Pastikan mereka mencuci tangan sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas dan selepas pendidikan jasmani.

Dalam pada itu kata Mary, sikap ibu bapa yang ‘tidak kisah’ atau ‘terlalu memanjakan anak’ menyebabkan usaha mendisiplinkan anak-anak dengan corak pemakanan yang baik tidak berhasil.

Kebiasaannya apabila ke pasar raya, kanak-kanak lebih mudah tertarik untuk membeli makanan ringan atau segera yang dibungkus dengan cantik dan menarik.

Seringkali pada awalnya ibu bapa mahu bersikap tegas tidak mahu memberi mereka makanan seumpama itu, tetapi terpaksa mengalah apabila kanak-kanak ini mula menangis.

Keadaan ini sudah pasti berlarutan dan anak-anak ini akan menggunakan taktik sama setiap kali mereka ke pasar raya bagi mendapatkan makanan yang disukai.

‘‘Sikap kurang tegas dan perasaan kasihan ini bukan sahaja gambaran kepada kegagalan ibu bapa mendisiplinkan anak-anak ini, lebih daripada itu ia mengundang kesan sampingan yang bakal dihadapi terhadap anak mereka,’’ ujarnya.

Beliau menyarankan ibu bapa menggunakan pendekatan secara nasihat kepada si anak jika mereka meminta membeli makanan ringan atau segera.

‘‘Jangan gunakan perkataan ‘tidak boleh’ dan jangan marah mereka. Ini kerana perkataan tersebut lebih menimbulkan keinginan anak-anak ini untuk mencari jalan dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan apa yang diingini,’’ tegasnya.

Adalah lebih baik menerangkan kepada mereka, makanan seumpamanya boleh dimakan, tetapi tidak boleh makan selalu. Ini kerana makanan segera bukan sahaja mengandungi lemak, tetapi kandungan garam yang tinggi.

Begitu juga kata Mary, anak-anak boleh diberi pilihan sebagai contoh memberi mereka jus buah-buahan yang mempunyai kandungan vitamin C berbanding minuman bergas yang mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Di samping itu juga katanya, jika mahu membawa ahli keluarga makan di luar, ibu bapa sendiri yang perlu membuat pilihan jenis menu apa yang sesuai untuk keluarga.

Ibu bapa juga harus bersikap bertolak ansur dan jangan memaksa anak mereka makan makanan yang tidak disukai yang boleh menyebabkan kanak-kanak ini fobia, tetapi juga menjadikan mereka cerewet.

Panduan amalan pemakanan terbaik:

* Jangan paksa anak anda makan.

* Pastikan makanan yang anda beri itu selamat.

* Jadikan waktu makan sesuatu yang menyeronokkan.

* Sentiasa perkenalkan makanan yang pelbagai kepada anak-anak anda.

* Peruntukan masa makan 20 minit hingga 30 minit.

Sunday, January 13, 2008

Terjumpa..


Gambar ni antara yg terawal Hadif dalam koleksi. aku terjumpa time bukak myphoto kat yahoo mail. hari 13hb jan sebenarnya sehari sblm hari lahir isteri tercinta yg ke 29 esok. just wanna share with...


Happy birthday My dearest Wife..

Saturday, January 12, 2008

ibu bapa masih cuai jaga anak

Ibu bapa masih cuai jaga anak-- utusan malaysia

Bekas Pengarah Pusat Perkembangan Keluarga, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rashid berpendapat kes terbaru ini mengetengahkan sikap cuai ibu bapa.

“Sekarang banyak ibu bapa membiar anak-anak dilepas bebas, tidak pentingkan keselamatan terutama anak perempuan ketika kes-kes jenayah rogol dan bunuh kian meningkat,” komen beliau kepada Utusan Malaysia.

Selain cuai dan alpa, menurut Prof. Abdul Rahim yang mengurus Pusat Pembelajaran Futuristik dan Inovasi, fenomena yang berlaku sekarang menunjukkan nilai kekeluargaan ibu bapa kelas bawahan Melayu kini sangat lemah.

“Dalam kejadian-kejadian culik kanak-kanak kebelakangan ini melibatkan ibu bapa muda daripada golongan berpendapatan rendah. Dalam kesibukan mencari nafkah hidup untuk keluarga, mereka lemah dalam memberi perlindungan kepada anak-anak.

“Trend ini ada kemungkinan kerana kecuaian ibu bapa tidak dipersoalkan oleh pihak berkuasa. Kerajaan perlu tegas bertindak terhadap golongan yang mengabaikan keselamatan anak-anak,” jelas beliau.

Prof. Abdul Rahim melihat tempat-tempat berlaku culik kanak-kanak boleh dikatakan terjadi di kawasan masyarakat berpendapatan rendah dan persekitaran sosial yang banyak masalah. Oleh itu keselamatannya boleh diragui dan ia menjadi tempat membiaknya penjenayah.

Jika demikian bagaimana kawasan begini dapat bebas daripada sebarang bentuk jenayah. Justeru, Prof. Abdul Rahim berpendapat fenomena kes-kes kanak-kanak menjadi mangsa culik akan terus berlaku selagi masyarakat dan ibu bapa tidak mengawal jenayah di sekitar kawasan tempat tinggal mereka.

Beliau melihat kes terbaru penculikan adik Sharlinie adalah berpunca daripada kecuaian ibu bapa. Cara ibu bapa mendidik anak-anak tidak begitu baik kerana mereka selalu membiar anak-anak bebas bermain tanpa kawalan dan pemerhatian.

“Ibu bapa muda yang berusia 30-an kurang kemahiran ibu bapa. Malah ada yang ambil mudah. Segala masalah tidak patut diserahkan kepada kerajaan sahaja,” katanya.

Hakikat ibu bapa cuai dalam mengawasi anak-anak mereka tidak dapat ditolak. Ini terbukti apabila masih ramai lagi kanak-kanak yang pergi ke pasar malam berhampiran rumah tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Persekitaran yang sebeginilah yang menyebabkan kes jenayah terhadap kanak-kanak semakin meningkat.

Ahli Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Abd. Talib pula mengharapkan pihak polis perlu berusaha bersungguh-sungguh dan menyelesaikan kes penculikan Sharlinie dengan seberapa segera.

“Siapa pun penjenayah ini, dia akan terus rasa bebas dan boleh berbuat apa sahaja selagi belum ditahan polis.

“Perasaan cemas, sedih dan berdebar-debar tentang keadaan kesihatan serta nasib anak yang diculik sedang bermain-main di fikiran ibu bapa Sharlinie.”

“Kita harus mengakui bahawa persekitaran kita pada hari ini tidak lagi selamat. Salah satu puncanya adalah kerana runtuhnya institusi kejiranan dan lemahnya institusi kekeluargaan,” jelas Dr. Rozaidah.

Sebagai ibu yang mempunyai anak, beliau memahami ada ibu bapa memberi kebebasan kepada anak-anak dari usia kecil tetapi katanya; “Kita mesti ada sikap curiga dengan siapa anak-anak kita berkawan atau dihampiri oleh sesiapa pun.”

Satu aspek penting, masyarakat kita seolah-olah sudah lupa pada kewujudan golongan pedofilia yang sering mengambil kesempatan atas kelalaian ibu bapa.

Beliau memberi contoh mudah, adalah biasa kanak-kanak kecil ditinggalkan bersendirian di dalam kenderaan sementara ibu atau bapa melangsaikan urusan yang tertangguh.

“Ini adalah salah satu punca kecuaian ibu bapa, apabila anak mereka hilang, baru mereka sedar tindakan mereka itu adalah salah,” kata Dr. Rozaidah.

Beliau mengingatkan bahawa dunia sudah berubah. Kita sudah tidak peduli akan hal jiran tetangga. Tempat-tempat yang dahulunya selamat untuk kanak-kanak bermain sudah menjadi tempat untuk pemangsa mencari mangsa.

“Penjenayah pedofilia, sadis, kejam, dan rakus semakin ramai dalam masyarakat kita. Kita perlu mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan dan kejiranan supaya kes seperti ini dapat dibendung.”

Namun kata Dr. Rozaidah, kerjasama antara pasukan beruniform, orang awam dan pihak berkuasa adalah penting. Malah tidak kurang penting juga katanya ialah membina semula masyarakat yang prihatin dalam erti kata sebenar iaitu jangan takut walau dilabel sebagai ‘suka menjaga tepi kain orang.’ Persepsi ini harus diubah.