Saturday, March 6, 2010

Lata Bekelah 1997

Kenangan zaman remaja2 aku memang banyak. Walaupon banyak juga yang dah terpadam tapi bersama kawan ke Hutan simpan Bekelah di Gambang kekal di hati. Tempatnya sangat indah dan nyaman. Untuk ke sini.. kami bertujuh memulakan perjalanan dengan sebuah van yang disewa. Setelah tiba di kawasan yang dikhaskan untuk parkir kereta kami kena menapak selam lebih kurang 45 minit utk tiba di tapak khemah yang pertama. Tapi dek sebabkan pemandu arah kami, iaitu abang aku sendiri pernah ke sini bersama rakan2nya.. cerita darinya membuat kan kami rasa 45 minit berjalan sesuatu yang dekat. Tiada asses dengan kereta sebenanya untuk sampai disini. Motosikal orang kampung berdekatan ke kebun/ladang mereka sahaja.

Kami kena berjalan dengan menaiki bukit untuk ke tapak khemah kami lebih kurang 30 minit lagi dari tapak khemah pertama yang kami jumpa. Maknanya perjalanan 1jam 30 minit utk sampai ke tapak khemah kami dari meninggalkan kereta. Air terjun bertingkat dan kolam atau lubuk besar yang banyak buat perjalanan yg memenatkan tak terasa.

Diseberang tebing khemah kami satu kumpulan dari Klang waktu sudah berkhemah. Mereka masuk dari hari Jumaat lagi, sedangkan kami baru tiba pada sabtu. Memang kawasan khemah yang bagus sudah diambil orang. Setelah Hi hi bye bye.. kami mulakan xtvt kami sendiri. Bersihkan tapak, pacak khemah utk 7 orang dan mencari kayu untuk unggun api tanpa merosakkan sekitaran semulajadi yang amat indah itu. Apabila semua telah sedia barulah kami memulakan pendakian ke kolam palling besar yang perlukan 30-40 minit lagi perjalanan. Gambarnya akan diupload kemudian

Walaupon tempat ini di Pahang, mereka2 yang kami jumpa kebanyakan dari luar Pahang, dari Selangor contohnya. Dan adik2 dari ITM Jengka dari di pagi Ahad naik terus ke atas tanpa berkhemah. Walaupon sudah berbelas tahun kenangan ini.. keindahannya tetap terpahat di hati. Tak tahu pada usia begini masih berdaya atau berpeluang untuk ke tempat sebegini lagi. Masa yang bakal menentukan.