Thursday, February 18, 2010

Rambut


aku baru balik dari gunting rambut. itu pon lepas anak bujang aku dah bagi satu soalan cepumas.. "rambut babah ni rambut palsu ker?" hahaha! haa kan.. dah kena. aku bukanlah seorang yg rajin bergunting rambut.. tapi 2 bulan sekali aku mesti masuk kedai gunting. kalau tidak..? aku pon tak sanggup tengok rambut aku sendiri. hehehe. cerita pasal rambut.. memang aku ada byk kenangan. zaman kecik2 aku ada rambut panjang dah. tapi disebabkan rambut ni kerinting ala-ala jadi dia tak nampak panjang. tengok gambar itam putih koleksi keluarga orang tahu aku berambut panjang dulu2. bila mula bersekolah.. rambut aku selalu nya pesen mawi sekarang ni.. sebabnya 2-3 bulan sekali baru potong balik. Jimat! sampaikan guru beso sekolah tu dulu sampai bertanya, "naper buat rambut cenggini? sakit ker?" adoiyaii..

pasal barber pulak aku memang selektif. dulu masa abah yang bawak kami ke kedai gunting aku cukup tak suka dengan Pakcik Ali. dia ni India muslim dan kaki nya tempang. Semulajadi kut.. kurang pulak aku periksa. Tapi tiap kali menggunting kepala aku dan kepala sesiapa saja.. dia akan menyembang. sembang dengan abah lah.. takkan dengan aku. masalahnya.. ni ha yang aku nak cerita.. mulut dia berbuih2.. macam menteri sukan sekarang. uwerk! geli tau.. aahahaha.

pernah sekali kakak kesayangan aku yang memang tak de bakat semulajadi langsung bab pegang gunting sudah rajin2 nak gunting kan rambut adindanya ni. abah dgn mak tak ada di rumah. ala2 Jugah anak Bareing dikerjakan kepala aku. senang cakap serupa sungkup tempurung pas tu tarah bahagian yg tak kena sungkup tu. bila abah balik, langsung dia ajak aku ke pekan kecil kat kampung aku jumpa siapa lagi kalau bukan Pakcik Ali tu. dengan tak payah ckp banyaknya terus abah ajak aku. Gamaknya dia pon tak sanggung nak tengok kepala anak dia ni. hehehhe. itu la mak besa adif sekang. kepala anak dia pon dia masih sigai ala2 kepala aku dulu2.

masa belajar sekolah menengah aku dah mula pandai curi2 rambut panjang. lawa la kunun. lagi jeles bila tengok abang2 yg datang waktu ambil result SPM dengan rambut yg dah berjela2.. padahal utk tunggu keputusan bukan bertahun2 pon. waktu tu zaman rock. kalau keluar ke pekan nampak berahak2 berambut panjang ngancam giler. heehehe. nak gak jadi cam gitu. sampai senior kejar aku dengan gunting jeles. bukan nya haper.. rambut dia dah ditobek dek guru disiplin. aku yang baru form 2 masih lepas bebas. tapi insiden tetap berlaku. waktu menarahh rambut sendiri guna 'cemay' (alat ni macam sikat tapi dimasuk rezor blade didlmnya) terang sebelah atas side burn aku. nah ko! baru teringat kat mak yang selalu suruh potong rambut yg dah panjang tu. dekat 3 minggu aku warnakan pakai marker kulit kepala sambil tutup dengan saputangan 'key'.

bila belajar di ILPP aku dah jadi barber. sebab...? aku pandai gayanya kepala kawan2 mengikut pesen zaman tu.. tapi masalah nya aku tetap kena cari kawan2 yang bole gunting rambut aku. Barber mana gunting rambut sendiri. sampai satu hari kawan yg aku suruh gunting tu buat tapi dengan hati yang ikhlas tapi jauh. 2 hari lepas tu dia mintak maap sebab buat rambut aku macam gitu. aku tak kesah sangat sebab tempat aku belajar ni tak ada perempuan. so lantaklah. sejak ari itu aku dah tak menyusahkan kawan2 lagi dah. pon khidmat aku masih aku beri kepada kawan2 yang rapat. rambut aku diambik alih oleh En. Alias. Warden tempat aku belajar. bila ada inspection rambut memang aku antara yang akan digunting rambut olehnya. kan senang. Sampai aku boleh pesan dengan En. Lias "potong cantik2 Cik." kira ok lah.. tak ada lah sama paras cuping telinga yang atas sekali di potong. Apa yang membanggakan aku ialah.. lepas 6-7 aku tinggalkan ILPP masa terserempak dengan beliau, dia masih ingat nama aku.. sampai terkejut kawan sama belajar dengan aku. padahal aku bukan fofular pon waktu belajar. hahaaha!
mudah2an Hadif nanti tak macam gitu. Metallica pon dah berambut pendek jadi.. kalau kata jiwa rock sebab nak berambut panjang.. tepuk dada tanya diri.

Tuesday, August 11, 2009

Penang Taiping Cameron


Gambar2 ni semasa Cuti2 Malaysia aku. Penang... Singgah di Taiping dan lansung ke Cameron. Bagaikan pemandu F1 waktu aku mandu selepas Maghrib dari taiping ke Simpang Pulai CH.





Jakarta-Bandung





Monday, May 25, 2009

Wednesday, April 29, 2009

Gotong Royong


Tarikh 26/04/2009
Tempat Berjaya Park
Anjuran Persatuan Penduduk Berjaya Park


Saturday, January 10, 2009

Happy Birthday to My son

Hari ni genap Hadif berumur 5 tahun. Masih terbayang di mata 5 tahun yg lalu bagaimana baba dan mama melaluinya. Penuh debaran.. dugaan.. dan ujian.. segala2nya masih jelas diingatan. Masakan mudah utk melupakan hari yg penuh bersejarah apabila kita bertukar gelaran menjadi ayah. dah tak semudah yang bapa2 lain lalui.. baba dan mama laluinya dengan penuh cubaan dan dugaan serta pengalaman berharga. Alhamdulillah.. syukur pada tuhan yg Maha mengasihi dan Mengetahui atas apa rahmat yg dikurniakan.
Semoga Hadif terus cergas dan cerdas dalam segala halangan yg bakal mendatang. babah dan mama akan terus memberi apa yg terbaik untk hadif. I love you.. i love your mum so much. And i knew you love me either.
Babah balik nanti kita celebrate dengan Mama yg bakal menjadi 30's (??) 4 hari lagi. sori Mama sbb tak ada bersama pada hari besar utk kita.. yg pernah kita harunginya 5 tahun dulu.
insyaAllah kita raikan nya bersama pada 6th Anniversary kita yg penuh cemerlang.. gemilang.. terbilang ini.. alhamdulillah. tak sangka 6 tahun yg lalui menjadikan kita lebih matang dan waras dlm membuat keputusan..

I love you guys!!